[PARIS LONDON 2017] DAY05 DARI COTSWOLD KE LONDON

St Pancras menghadap Euston Road, salah satu di-antara jalan utama di tengah kota London.

Catatan hari ke-empat boleh dicapai di sini.

Hari kelima. 1 May 2017. Hari ini adalah cuti hari buruh di Malaysia, dan di UK juga hari cuti, tetapi merupakan Early May Bank Holiday. Di UK terdapat empat kali setahun hari cuti yang dinamakan Bank Holidays (Easter, Early May, Spring & Summer Bank Holidays).

Entri aku kali ni tak akan ada banyak cerita dan juga  gambar. Sebab aktiviti hari ni cuma untuk memulangkan kereta di London, check in BnB di Camden dan jalan-jalan Primark dan sekitar Marble Arch sahaja. 

Seperti biasa wife akan bangun awal untuk siapkan sarapan dan kemas apa yang patut. Aku bangun untuk solat subuh wife dah pun siap masak. Simple je, sambal sardin dengan telur dadar. Makan berulamkan salad dan tomato segar yang aku beli di Coop malam tadi. Segar betul, terasa kerangupannya.

Bila di perantauan, makan macam ni pun dah sedap sangat. 

Bergambar di belakang rumah Karen. 

Ini pula di bahagian tepi rumah Karen. Terdapat beberapa buah rumah lagi di sini yang berkongsi satu kawasan lot parking. Tenang sangat suasana di sini pada waktu pagi. 

Inilah Karen, tuan rumah yang sangat baik. Tak habis-habis cakap terima kasih sebab kami kemas rumah dia sebelum keluar.

Perjalanan dari Bromham ke London mengambil masa lebih kurang 4 jam. Kami bertolak lebih kurang pada pukul 9 pagi. Sepanjang perjalanan kami banyak menghabiskan masa menikmati pemandangan di countryside UK ni. Rasa sekejap sangat berjalan di kawasan countryside ni, belum pun puas dah nak kembali ke London. Rasa seronok sangat dapat sampai sini lagi selepas kali pertama datang pada tahun lepas.

Kami tiba di London pada pukul lebih kurang 12.30 tengah hari. Kami singgah di BnB kami di Camden dahulu untuk menurunkan luggage. Selepas itu terus bergerak untuk memulangkan kereta. Disebabkan kami perlu mengisi minyak dalam lingkungan 5 miles dari tempat menghantar kereta (peraturan pelik yang dikenakan oleh Easirent), kami menghantar kereta pada jam 1.30 petang, terlambat setengah jam. Ada cerita yang boleh ditulis tentang Easirent ni, tapi aku rasa biarlah nanti aku tulis lain kali. Terlalu banyak yang nak ditulis pasal company ni.

Dipendekkan cerita, ketika memulangkan kereta kami dikenakan denda £15 untuk sebiji kereta kerana dikatakan telah lambat menghantar kereta. Sebenarnya kami boleh argue, sebab masa sebenarnya kami keluar dari tempat mengambil kereta dua hari lepas adalah 1.30pm. Itu pun mereka siap nak caj aku sebab calarkan cermin kereta hadapan, padahal aku tak pernah langgar apa-apa. Kesan 'calar' yang mereka maksudkan adalah kesan pasir-pasir bertebangan, yang tersangat halus. Not even 1mm radius. Dan aku sangat pasti kesan tu dah ada sebelum ni, cuma aku abaikan sebab terlalu halus dan hampir tidak kelihatan. 

Apa pun, nasib juga wife sempat cakap kat aku supaya jangan harsh sangat. At least accept jelaa dia caj £15 untuk alasan lambat dan cakap elok-elok untuk waive caj kesan calar pada cermin kereta. Aku pun malas nak memanjangkan cerita. Maka dipendekkan cerita kami bayar sahaja extra £15 tu.

Urusan memulangkan kereta selesai lebih kurang pukul 2.30 petang. Masa ni anak-anak dah kelaparan jadi kami singgah restoran kebab di hadapan office Easirent. Tukang masak kat situ bertegur sapa dengan  Adam & Ariff, sempat test bacaan alfatihah dan surah 3 qul. Dia impress sebab budak-budak ni boleh baca dengan lancar. Aku cerita kat Malaysia normal je budak-budak muslim ni tujuh tahun boleh baca surah basic macam ni. Sebab sistem pendidikan tu sendiri memang kita ada sekolah kebangsaan & sekolah agama.

Dari restoran kebab tu, kami berjalan kaki lebih kurang 10 minit untuk ke King Cross, stesen train yang terdekat dari sini. Tujuan kami hari ni cuma nak ke Marble Arch untuk ke Primark dan bersiar-siar di sekitar situ. Kalau sempat boleh laa jalan-jalan ke Hyde Park sekali.

Tak ambil banyak gambar pun time ni, jadi aku tampalkan beberapa je yang ada.

Ketika sedang berjalan kaki ke King Cross Station. 

Entah apa laa lawak sangat si Ariff tu.

Jalan utama di hadapan St Pancras International Train Station. King Cross station di sebelah tu je. 

St Pancras International dari pandangan hadapan. Kalau naik train nak ke Paris atau negara Europe yang lain boleh naik kat sini. 

Yang kat belakang ni pulak King Cross train station, untuk rangkaian train domestik. Kalau nak ke bandar-bandar lain dalam UK boleh naik kat sini.

Time ni kami dah sampai Marble Arch. Aku decide untuk jaga Ariff, Adam & Aryan kat sini sementara orang lain pergi shopping kat Primark. Seberang jalan je Primark dari sini.

Ariff.

Hujan sekejap-sekejap. Sejuk-sejuk pun diorang layan main kejar-kejar pigeon kat sini.


Seronok sangat budak ni lepas main kejar-kejar pigeon. 

Kedudukan Marble Arch, Underground Station & Primark Oxford Street. Klik gambar untuk zoom. Banyak lagi kedai-kedai menarik untuk shopping di Oxford Street ni. Gambar dari Google Maps.

Marble Arch Underground Station.

Marble Arch ni salah satu pintu masuk ke Hyde Parklah sebenarnya, kalau rajin boleh jalan masuk ke dalam Hyde Park, dalam tu ada taman untuk kanak-kanak. Tapi agak jauh dari Marble Arch ni, 15 minit juga jalan kaki. Memandangkan hujan turun rintik-rintik, aku pun takde mood nak bawak diorang jalan-jalan ke taman tu. Taman permainan basah pun tak seronok juga.

Lama pulak diorang shopping kat Primark ni. Wife beli baju untuk anak-anak kami sahaja berserta sehelai dua dibeli untuk hadiahkan kawan yang baru dapat baby. Tahun lepas dah borong sakan, tahun ni kena careful sebab travel dengan anak-anak ni kena avoid bawak barang terlalu banyak. Oleh kerana dah terlambat dan risau tak sempat solat kat rumah, hari tu kami solat di bawah pokok di Hyde Park dengan menumpang ambil wuduk ti tandas McDonalds berdepan dengan Marble Arch. Tak standby air wuduk dalam botol hari ni sebab ingatkan sempat balik ke BnB. Pengajarannya untuk travel ni, sediakanlah air wuduk dalam bag. Tak perlu banyak pun, 1.5 L tu boleh guna untuk dua orang.

Selepas solat tu kami pun bergerak pulang ke BnB. Kalau ikut angan-angan asal, rasa macam nak keluar balik ambil gambar London waktu malam. Tapi bila balik apartment tu malasnya nak keluar balik hanya Tuhan yang tahu. Tambahan pula dari apartment ni ambil masa dekat 15 minit nak berjalan ke stesen underground terdekat. Jadi aku tukar plan kepada makan dan tido sahaja di apartment. Lagi pun dengan takde tripod ni struggle juga nak shoot gambar cantik malam-malam. Tripod rosak dalam perjalanan hari tu, aku dah cerita dalam entri hari kedua kat Paris hari tu.

Setakat ini sahaja catatan hari ke-lima trip kami kali ini. Dah nak masuk tahun baru, ada banyak lagi entri yang aku belum tulis. Mudah-mudahan direzekikan masa untuk terus membuat catatan. Kalau korang ada nak tanya apa-apa, tinggalkan sahaja komen, ok. Jumpa lagi dalam entri akan datang.

CONVERSATION

8 comments:

  1. Salam zahid, nak tanya karen bnb ni actually area mana? bromham part mana ye?sy try search kat bnb ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Izyani. Kalau awak search Bromham, mungkin result dia ada kat tempat lain, sebab ada beberapa tempat kat UK yang namanya Bromham. Bnb ang kami menetap hari tu lokasinya Bromham, Chippenham.

      Nak lagi senang, visit je link ni ;)
      https://www.airbnb.com/rooms/6684670

      Delete
  2. Salam tuan,

    saya buka link di atas dan nampak limit dia 6 people untuk bnb Karen ni. tuan pergi 9 org kan? insyaAllah kami pun akan ke uk 9 org cuma nak tau boleh ke book kalau dia tulis limit 6 org. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Siti, kami ada request dengan Karen sebab kami ada 2 baby dan 2 kanak². Puan nak pergi 9 orang tu semua dewasa ke?

      Delete
    2. Kami 5 dewasa, 3 kanak2 dan satu baby. memang sama dengan jumlah tuan.

      Delete
  3. salam zahid, nak tanya lagi...bnb area camden tu ok? ada details tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Izyani. BnB Camden tu sangat tak ok ;) not recommended. tgh bandar tp agak jauh dr tube dan byk facilitynya pun rosak. Malas nak tulis lebih-lebih dalam post. hehehe.

      Delete
  4. Teruskan menulis tuan..saya suka baca..saya kini menetap di Leeds UK..jemput singgah kalau lalu

    ReplyDelete

Back
to top