EUROPE TRIP DAY08 PART1: HEIDELBERG CASTLE

View dari Heidelberg Castle, Germany.

Catatan ini adalah sambungan dari entri hari ke-tujuh sebelum ini.

Jumaat, 22 April 2016. Pagi itu kami bangun dalam keadaan yang segar, tapi mata memang masing-masing ada beg, kerana kepenatan. Namun begitu pagi-pagi lagi kami dah semangat kerana hari tersebut merupakan hari kami tunggu-tunggu. Kalau wife punya highlight of the trip adalah Netherlands, bagi aku pula adalah Switzerland. Kedua-dua negara ni setiap tahun berada dalam 10 negara yang rakyatnya paling gembira seperti yang dinobatkan oleh National Geographic. Mungkin Malaysia akan masuk dalam list ini suatu hari nanti, Amiin.


Sambung sedikit cerita tentang BnB di Mannheim ni. Kalau ikutkan perancangan asal memang semalam sepatutnya kami singgah di pusat bandar Frankfurt. Betul-betul tengah jalan menuju ke Mannheim ni. Oleh kerana timing lari terlalu banyak semalam, maka kami terpaksa melupakan hasrat melawat Frankfurt. Tempat penginapan kami ini sebenarnya di pinggir Mannheim, kira-kira 20 minit dari pusat bandar. Ia dipilih kerana ingin tiba seawal yang mungkin di Switzerland. Dan yang penting juga, sangat murah. €65 semalaman untuk satu apartment dua bilik dengan kemudahan dapur yang lengkap. Ini satu-satunya penginapan yang aku book melalui booking.com dalam trip ni. Apartment ini terletak di tingkat tiga. Di tingkat dua ada sebuah apartment lagi, manakala di bahagian bawah sekali adalah spa kepunyaan host BnB ini, Manuela.

Wifi di rumah Manuela ni memang serious sangat laju dan best. Pindahkan gambar malam tadi memang sekejap gile. Seperti biasa, wife akan ambil masa berfacetime dengan anak-anak di Malaysia. Seronok betul bercerita dengan adik dia pun join sekali. Terlupa pula nak tutup pintu bilik dan pintu apartment yang menghubungkan tangga untuk turun ke bawah. Rupanya suara dia riuh rendah sampai ke bawah. Tiba-tiba Manuela muncul di depan pintu dan membuat isyarat 'syhhh' sambil jari telunjuk diletakkan di bibirnya dan menutup pintu tersebut. Aku tergamam sebab terlalu pantas ia berlaku, nak cakap sorry pun tak sempat. Barulah wife cakap perlahan dan kali ni bila pintu dah ditutup taklah risau suara kami mengganggu penghuni lain.

Begitulah bila dah seronok sangat bercerita dengan famili di kampung, lupa nak ingat persekitaran. Padahal sebelum ke Eropah, memang dah sedia maklum pantang larang di German. Orang German memang sangat tidak suka dengan bunyi bising. Malahan kalau mesin rumput di hujung minggu pun boleh kena saman. Begitu sekali mereka menghargai ketenangan.

Inilah bilik attic kami. Seluruh apartment dua bilik yang kami book ini merupakan loteng bangunan ini. Ini adalah ciri-ciri rumah German yang sangat memaksimumkan penggunaan ruang yang ada.

Tingkap bilik kami berada di bumbung. Kalau bukak malam boleh nampak bintang terus.

Ini pula bilik Faten & Basir di sebelah.


Kami keluar ketika jam 7.30 pagi. Ruang breakfast tu untuk penyewa di tingkat dua. Kami book tanpa sarapan pagi.

Malam tadi sampai lewat tak perasan rupanya di pintu spa di tingkat bawah ada diletakkan ucapan selamat datang dalam bahasa German. 



Persekitaran di halaman rumah Manuela.

Sewaktu nak check out, aku sempat meminta maaf dari Manuela tentang kejadian pagi tadi. Dia kata di sini memang orang tak suka bising, tambahan pula dia ada tetamu yang lain di tingkat dua. Mereka tiba lambat malam tadi dan masih tidur jadi dia terpaksa tegur kami. Malu sungguh rasanya. Memang kena beringat betul-betul lain kali. Selain dari itu, dia juga berpesan sekiranya kami ingin membuang sampah haruslah mengikut recycle bin yang betul, yang mana benda ni pun duly noted sebelum kami ke sana lagi.

Manuela bertanya tentang destinasi kami selepas ini. Aku beritahu yang kami akan ke Switzerland dan bercadang untuk singgah di Stuttgart. Dia memberitahu Stuttgart sebenarnya tidak ada apa-apa attraction yang menarik melainkan kalau kami peminat kereta dan ingin melawat muzium Mercedes atau pun Porsche. Dia cadangkan adalah lebih baik kalau kami ke Heidelberg Castle, cuma 20 minit dari sini. Katanya rugilah kalau sampai German tak melawat castle lama. Betul jugak. memang pun dari semalam kami asyik nampak signboard masuk ke schloss (castle) dari tepi highway. Masa merancang itinerary dulu, memang Geman sekadar persinggahan jadi aku memang tak buat proper homework tentang apa yang menarik di sana. Ternyata plan ad-hoc yang kami ubah berdasarkan cadangan Manuela sebelum meninggalkan Mannheim ini adalah suatu pengalaman yang unik dan terbukti menyeronokkan. Ada macam-macam jenis castle lama di German ni. Kebanyakannya terletak di atas bukit, jadi kita akan dapat melihat pemandangan sesebuah tempat dari atas. Heidelberg Castle merupakan antara tarikan yang paling popular di sini.

Heidelberg Castle

Seperti yang dimaklumkan oleh Manuela, perjalanan ke Heidelberg Castle memang dalam 20 minit sahaja. Kami parking di kawasan berbukit berhampiran kawasan perumahan di sini. Aku agak ini kawasan rumah orang kaya, sebab tanah lot atas bukit. Design rumah pula nampak elit dan cantik-cantik. Jalan menuju ke Heidelberg Schloss ni agak curam. Agak awal juga kami tiba di sana. Membawa bekalan makanan yang telah dimasak tengah malam tadi. Kiranya kami dapat merasa pengalaman berpiknik di istana lama Heidelberg. Cuaca pagi itu pun sangat nyaman, tidaklah terlalu sejuk namun pemandangan agak berkabus, dengan ditemani burung-burung yang hinggap, merasalah burung tu makan makanan dari Malaysia.

Wake up early and the main attraction is all yours. Betul-betul tak ada orang.

Cantik betul dari atas bukit Heidelberg ni. Landscape semulajadi di German ni aku rasa cantik yang berbeza daripada negara-negara Eropah yang kami lalui setakat ini. 

Pokok-pokok di German ni kelihatan mempunyai banyak tone warna, dari hijau yang pelbagai hinggalah yang kemerahan dan ada juga yang keputihan. Padahal bukanlah autumn ataupun winter.

Minta maaflah gambar dari tempat yang sama pun dah tiga keping. Cantik sangat sampai aku tak tahu nak pilih yang mana untuk dibuang.

Dari sini boleh nampak satu Heidelberg.

Yes, ada orang boleh dijadikan photographer.

Another shot, please.

Aku dah tak tahu nak letak caption apa sebab kebanyakan gambar dari angle yang sama, cuma perspektif sedikit berbeza. Aku letak semua sebab tak reti nak pilih mana satu untuk dibuang. 







See, ada pokok kemerahan, ada hijau tua, ada hijau muda, ada juga yang macam beruban (keputihan).





Setelah puas bergambar kami pun membentangkan bekal makanan yang dibawa. Kebetulan ada meja batu di tengah-tengah tu, memang terbaik betul feeling picnic di sini. Tambahan pula pengunjung lain belum tiba, dapatlah kami menikmati sarapan dalam keadaan yang tenang. Yang kedengaran hanyalah bunyi burung yang berkicauan pagi tu, selain dari gelak tawa kami. 

Entah apa laa lawaknya masa ni. Rasanya pasal kicap ABC tu kot. Nasib baik aku bawa kicap ni sebagai penyelamat. Kicap Basir tumpah dalam perjalanan sehingga tak dapat diselamatkan.

Sambal ikan bilis tempe yang dibeli dari member office. Ni sebagai bukti sambal ikan bilis dia dah sampai German. Pedas dan sedap, tapi aku lagi suka yang mak mertua aku buatkan. 

Tak ada orang. Yang tolong ambilkan gambar kami tadi pun dah blah.

Ni namanya burung kedekut. Jumpa makanan bukan nak panggil member, makan sorang. Untunglaa dapat rasa makanan Malaysia.

Wife sedang menuang ijsthee (iced tea) dari Belanda.

Lebih kurang jam 9 pagi, bas-bas pelancong mula membanjiri kawasan ini, Sempat kami beramah mesra dengan pelancong dari US yang katanya kagum kerana kami mahir berbahasa Inggeris. Aduh! Memang betul-betul diorang imagine Malaysia ni third world country yang kategori miskin pembangunan ke apa. Alang-alang tu, kami suruh la dia snap pic kami berempat. Kawasan dalam castle juga telah dibuka untuk tour, memandangkan kami hanya mahu singgah sebentar sahaja di sini, kami decide untuk turun dan mencari kedai cenderamata.



Menara jam ini masih berfungsi. Ketika jam 9 pagi bunyi loceng dari menara memecah kesunyian kawasan ini.

Selepas 9.30 pagi, kami mengambil keputusan untuk beredar dari sini. Pelancong pun semakin ramai. Kami mengambil kesempatan untuk singgah membeli fridge magnet di kedai cenderamata di sini. Ekslusif sungguh nampak kedainya. FM pun mahal, €7 sekeping. Tapi beli jugalah, bila lagi nak sampai sini. Lagipun FM di sini semuanya dari jenis logam yang kualitinya sangat bagus.


Masa dalam kedai nilah wife terjumpa gambar Heidelberg Castle dari arah seberang jambatan. Cantik juga kalau dapat ke seberang sana.

Inilah tempat parking di kawasan perumahan yang curam. Mencabar sungguh.

Rupanya dalam perjalanan turun ke tempat parking, ada satu slot kedai yang kecil yang baru sahaja dibuka pagi tu. Kedai kecil tu jual FM yang sama cuma €5. Hmmm. Syukurla tadi tak tamak kami cuma beli satu sahaja. Dah terjumpa FM murah, wife beli lagi dua keping untuk diberi kepada ahli keluarga.

Sambil berjalan ke kereta aku browse Here map mencari jalan untuk ke seberang sungai. Tandakan kordinat dan set, Go! Senang ada GPS ni, tempat yang tak pernah sampai pun kita boleh drive macam dah biasa sampai.

Lima minit je kami dah sampai di tempat yang ditandakan. Alhamdulillah ada kawasan tepi rumah orang yang boleh ditumpang untuk parking. Sekejap je ni, bergambar sekeping dua, dan juga boomerang, kemudian terus bergerak ke destinasi seterusnya.


Cantik tempat parking yang kami dapat ni. Memang ngam-ngam untuk dapat spot yang diinginkan.


Cuaca pagi ni sedikit berkabus. Jadi gambar castle agak kelabu dari sini.




Kelabu pun cantik juga. Kalau tak mesti lagi cantik.

Kami bergerak meninggalkan Heidelberg ketika jam sudah pun melewati 10 pagi. Satu plan ad hoc yang sungguh bermakna. Alhamdulillah. Cantiknya tempat ni memang kena tengok dengan mata sendiri. Subhanallah.

Catatan tentang destinasi seterusnya akan bersambung di entri yang akan datang. Rheinfalls - Air terjun paling besar di eropah.

CONVERSATION

4 comments:

  1. assalam bro, penginapan yg ditempah melalui airbnb tu memang contact phone number host diberi sekali? satu lagi berkenaan simkad, apa nama provider untuk call,sms dan data yg boleh digunakan di semua negara2 eropah termasuk london yg bro pakai? kalau satu simkad boleh guna untuk semua negara memang senanglah...

    ReplyDelete
  2. salam bro. saya baru perasan ada komen.

    penginapan airbnb tu, selepas kita confirm booking dia akan bagi itinerary. dalam tu semua maklumat penting ada, alamat penuh, no telefon etc. nanti boleh set arrangement untuk jumpa dengan host macamana.

    simcard ada banyak provider. aku nak suggest pun aku tak pernah guna semua. kalau sekadar untuk call, boleh guna lycamobile. agak jimat untuk roaming semua negara eropah yang utama. kalau data, aku pun tak berapa pasti sebab tak pernah guna.

    ReplyDelete
  3. salam tuan

    boleh dapatkan nama airbnb manuella? try cari dalam booking.com tak jumpa.

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puan,

      Ni link apartment tu.

      https://www.booking.com/hotel/de/dillenburg-hirschacker.html?from_pretrip=1&et=UmFuZG9tSVYkc2RlIyh9YWJdm48m5cJDDoHmqqGNfQPxXNTWiOq/3KvDgEt3S2RoipDHNwN0p88b07auHZi4Ehw3tvyfr2uRQrF8CCOr6Ds7K/46cgruSoAiPsMIczBq

      Delete

Back
to top