EUROPE TRIP DAY02 PART 1: CAMBRIDGE TO MANCHESTER

Old Trafford, Theater of Dreams.

16 April 2016. Sabtu - Hari kedua Europe Trip kami. Catatan hari sbeelum ini boleh dicapai di sini.

Pagi tu kami bangun dalam keadaan overwhelming, especially Basir, sebab dah bermula secara officialnya Europe Trip kami pada hari ini dan hari ni la dia dapat realisasikan highlight trip nya, lepas tu dia dah tak kisah katanya apa jadi dengan trip kami.

Dapat tidur yang lena dan selesa di rumah Zuhalmy. Kami bersiap seawal jam 5 pagi selepas waktu subuh. Packing semua barang balik termasuk ada bekalan makanan Basir yang tertumpah dalam bag, memang rezeki beg tu la kena buang kat tongsampah Cambridge. Cerita pasal tumpah ni ada part 2 yang aku akan sambung nanti. Haha (Moral: pastikan semua makanan atau cecair yang dibawa berada dalam keadaan yang paling optimum untuk dibawa travel). Pagi tu kami dihidangkan oleh tuan rumah dengan nasi goreng. Mas sempat membekalkan kami makanan-makanan yang lebih semalam. Dari pukul 6.30 pagi kami dah mula loading balik semua barang dalam kereta, tak sampai sehari pun duduk di Cambridge. Tepat jam 7 pagi, seperti tercatat dalam itinerary kami, kami bertolak meninggalkan Cambridge.


Tengoklah berapa banyak makanan yang Mas tapaukan untuk kami. Terima kasih daun keladi. Tahun depan kami datang lagi.

Wife dah tak sabar-sabar mengajak aku keluar rumah untuk berposing menikmati udara pagi di Lower Cambourne, Cambridge.

Kami berempat beserta tuan rumah, Zuhalmy, Mas & Raees. Thank you korang, tunggu kami datang lagi. Raees ni sebaya Ariff, lahir pun beza seminggu je.

Kami berhenti di Shell tak jauh dari rumah Zuhalmy untuk mengisi minyak. Faten & Basir ambil kesempatan untuk membeli simkad Lycamobile (£5 each). Aku tak beli sebab semalam Zuhalmy dah belanja aku simkad dari operator namanya Gifgaff - siap reloadkan kami data extra lagi tapi cepat betul habis data tu kena sedut lepas wife tak sabar upload gambar.

Kereta ni diesel ke petrol?

Pengalaman pertama isi minyak kat UK ni sedikit berdebar, tiba-tiba terfikir betul ke Green Motion ni berikan kami kereta diesel. Masa book dulu memang pilih diesel, tapi manalah tahu yang dapat ni petrol. Mula-mula cuba cari dalam kereta mana-mana indicator yang menunjukkan kereta ni pakai diesel atau petrol. Tiada.

Nasib baik wife yang bijak bagi cadangan cek balik dalam slip yang Green Motion kasi, ok, confirm diesel. Rupanya bila buka tempat penutup minyak, besar dan jelas tulisan warna kuning 'DIESEL' terpampang kat situ. Haha.. eloklah berhati-hati. Risau kalau silap isi minyak, jahanam kereta tu nanti.

Perjalanan dari Cambridge ke Manchester dianggarkan mengambil masa 3 jam setengah. GPS Here beroperasi dengan baik. Buat permulaan, kami cuma guna offline map sahaja. Kelebihan utama Here berbanding Waze adalah ia boleh digunakan dalam keadaan tanpa sambungan internet. Dengan syarat peta mestilah didownload kedalam phone dululah.

Jalan Tutup

Dalam setengah jam memandu, kami masih lagi berada di jalan biasa (bukan highway). Tiba-tiba kami melalui satu kawasan yang ada construction hingga jalan ditutup sepenuhnya. Masa nilah terpaksa on data sebab nak tahu jalan alternative. Buka Waze pun dia still suruh lalu jalan yang sama, belum ada orang update jalan tutup lah ni. Aku buat report jalan tutup dekat Waze dan patah balik. Waze tetap suruh aku buat u-turn dan lalu balik jalan tadi. Check route pun optionnya tetap kena lalu jalan yang sama.

Ini memang asam garam guna GPS yang kita semua sedia maklum. Macam biasa, zoom out map dan agak-agaklah Manchester tu belah mana. Kemudian jalan terus dan masuk mana-mana simpang yang nampak menghala ke arah Manchester. Dah masuk simpang tu barulah waze guide ikut jalan baru. Alhamdulillah, ETA cuma bertambah beberapa minit sahaja.

Dalam dua jam pertama perjalanan, cuaca masih macam semalam. Mendung dan berkabus. Tak apalah, tak hujan ni dah kira ok sangat. Kalau hujan lebat lagi tak seronok.

Walaupun dalam keadaan macam ni, kami tetap terpegun dengan pemandangan di sepanjang perjalanan. Di bahagian luar bandar UK ni terdapat banyak aktiviti pertanian dan peladangan yang menjadikan cantiknya pemandangan. Ladang bunga canola yang menguning saujana mata memandang dan sesekali ada juga ladang rumput semata-mata. Sangat bersih dan lapang. Rumah-rumah lama Inggeris nampak masih dihuni, dan ada juga bangsal-bangsal (barn) di sebelah ladang. Kadang-kadang ada kambing biri-biri dan kuda. Aku tak tahu macamana mereka bela haiwan-haiwan ini dan jaga kawasan yang sebegitu luas, semuanya bersih. Macam Zuhalmy ada cakap, kambing kat sini tak takut hujan. Mungkin sebab tu bersih kot.

Di awal perjalanan, aku yang drive. Bila photographer rasmi drive, tak banyak laa gambar yang diambil. Dalam keadaan mendung dan kereta bergerak, kalau ambil gambar guna handphone memang susah sikit nak dapat cantik. Walaupun guna DSLR, kalau set Auto pun susah juga, terutama titik focus yang sering terganggu sebab pokok, pagar dan cermin kereta. Ambil gambar dalam keadaan kereta bergerak ni perlukan instict dan tindakan yang cepat.

Itu pun beberapa kali kami cuba juga buka cermin untuk ambil gambar. Bila dah banyak-banyak tu dapat laa juga.

Bunga canola (rapeseed) yang menguning saujana mata memandang. Nampak langit masih ditutupi awan mendung time ni.

Inilah windmill pertama kami.. Jakun katanye, siap berenti kereta tepi jalan tepi semak bergilir-gilir posing kat sini. Nasib pagi lagi takde kereta lalu lalang.. haii.. lepas tu berderet jumpa windmill, tak jakun dah.. Windmill kat Netherland obviously paling cantik.

Jom layan video yang wife ambil time ni. Gigih dia cuba rekod juga. Abaikan gegeran dan bunyi yang tak sedap, sebab gangguan air turbulance bila tingkap kereta dibuka separuh.



Selepas dua jam perjalanan, steering bertukar tangan. Basir offer untuk drive. Masa ni dah masuk jalan highway. Dia prefer drive highway macam ni berbanding jalan dalam bandar nanti (padahal drive dalam bandar Manchester tu taklah mencabar mana berbanding dengan drive di KL). Pemandangan di kiri kanan jalan pun dah tak banyak ladang macam tadi. Kami melalui beberapa kawasan dan signboard yang agak familiar, semuanya pernah dengar sebab ada nama kelab bolasepak ;p. Antara yang notable adalah Newcastle, Leeds, Bolton, Preston dan Leicester – ini paling legend because at this point of time they were on their way to clinch the historic EPL championship.

Masuk highway kami offkan Waze dan bertukar menggunakan Here pulak. Jimat data. Lagu-lagu di Radio adalah dari pendrive. Radio kat sana ada juga yang best, tapi kadang-kadang lagunya tak pernah dengar.

Satu lagi kelebihan menggunakan Here berbanding Waze adalah ia turut menyimpan maklumat hadlaju sesuatu kawasan yang dilalui. Waktu kami pergi Europe bulan April ni, Waze belum ada fungsi ini. Waze cuma update fungsi ini sebulan dua setelah kami balik ke Malaysia, agaknya statistik penggunaan Waze semakin menurun semenjak ada competitor dari Here. Tidak seperti Waze, amaran terlebih had laju oleh Here disertakan dengan bunyi amaran – menjadikan kita sentiasa alert. Walaupun bunyi tu agak annoying, aku rasa sangat berterima kasih. Kalau tidak kerana bunyi annoying tu entah berapa kali kena saman tak tahulah. Speed limit maksimum di sini hanyalah 70mph, dan di kebanyakan tempat adalah 60mph, 50mph atau 30mph pun ada. Amaran kamera speed limit ada di mana-mana, boleh kata di setiap kilometer. Memang risau kalau kena saman.

Masa ni cuaca bertambah baik. Macam tak sangka, langit kebiruan mula kelihatan semula. Ditambah dengan tompok-tompok awan tu makin terserlah kecantikan alam. Alhamdulillah.

Walaupun dihalang oleh penghadang jalan, masih boleh nampak bertapa cantiknya persekitaran countryside UK ni.. Tengok dengan bare eyes lagi berganda cantik..

Kambing biri-biri dibela dan dibiarkan bebas. Kelihatan pagar yang sangat minimum sebagai kawalan. Berdisiplin sungguh biri-biri ni berada dalam kawawan ladang sahaja. Nanti bila sampai entri tentang Belanda dan Belgium, aku up gambar orang bela lembu dalam ladang tanpa pagar. 


Masa ni dah dekat nak sampai. Baru keluar highway.

Chester Road – Antara jalan raya utama di Manchester. Tak sibuk pun jalan di sini dan tiada motosikal mencelah-celah. Drive di KL lagi mencabar.

Masa nampak besi penyokong bumbung Old Trafford ni ada satu perasaan teruja yang satu macam.Agaknya inilah yang dikatakan orang tua-tua, bila rindukan kekasih,kalau tak dapat tengok wajahnya, dapat tengok atap bumbung rumah pun jadilah ;)

Kami parking di KFC Old Trafford – free. Luas tempat parkingnya. Dalam 100 meter je ke stadium. Maklumat free parking ni didapati daripada Google map. Kalau search for parking dalam Google map biasanya dia tunjukkan parking berbayar. Apa yang aku buat adalah gunakan map dalam mode satelite view, dan zoom in kawasan sekitar yang ada petak parking. Jumpalah beberapa tempat, dah jumpa tempat tu cuba lah search sama ada dia parking free atau berbayar. Jangan suka hati parking petak kawasan perumahan, sebab kawasan macam tu biasanya for residen only. Kawasan residen ni jarang kena saman, tapi kalau orang report mendapat jugalah. Lebih baik jangan ambil risiko.

Hari ini adalah matchday di Old Trafford. MUFC akan melayan kunjungan Aston Villa. Teruja sungguh aku melihat penyokong-penyokong mula berjalan menuju ke stadium seawal 11 pagi. Belum crowded sangat sebab masih awal. Game pukul 3.30 petang nanti. Kalau korang nak datang Old Trafford bukan pada hari matchday, parking stadium luas dan free je sebenarnya. Depan-depan stadium lagi. Tapi sebab kami datang masa matchday, harga dia fix £10 per entry. Tak berbaloi untuk kami yang nak singgah sejam sahaja. 

Sedang kami berjalan kaki menuju ke stadium, beberapa kali kami diapproach oleh ulat tiket. Sempat juga aku tanyakan berapa harga tiket ni, jawabnya '£100 each only'. Only lah sangat. Rupanya di sini pun ada ulat tiket.

Suasana di persekitaran stadium ketika matchday. Sepanjang jalan Sir Matt Busby way ni ada banyak cafe berkonsepkan kelab MUFC. Memang best suasana hari matchday ni.

Macam di Malaysia juga, bila hari ada game, banyak gerai-gerai jual merchandise dan makanan dibuka di luar stadium.

Busby Burgers? Boleh laa..

Minta bergambar dengan penjual mafla. Dari £10 dia nak bagi £7 sahaja. Tapi aku tak beli pun. Sekarang rasa menyesal.

Eh, macam kenal.. Rupanya team Mencari Ramli ada di sini. Cari Ramli sampai UK buat apa, kat Malaysia ada banyak.. haha..(Fahrin & Aidid Marcelo)

Basir dan Faten ni memang kenal dengan Fahrin personally. Tambah si Faten kerja meja hiburan Kosmo. Fahrin yang nampak kitorang & tegur kitorang dulu. 

Gambar ni kena letak. mana tahu kalau Liverpool kalah kat Old Trafford nanti boleh laa up kat facebook ;p (Dalam jaket tu pakai jersey Liverpool tu).


United Trinity: George Best, Denis Law, and Sir Bobby Charlton



Museum Tour this way. Tapi kami tak ambil pun sebab rugi masuk tour hari matchday, banyak tempat tak boleh masuk seperti bilik persalinan dan kawasan padang.

Kami berempat di hadapan Statue Sir Alex Ferguson.

Tak lama kami kat sini, dalam 45 minit sahaja. Kami memang dah book tour dekat Anfield pukul 1 PM dan perlu berada di sana sebelum pukul 12.40PM. Jarak perjalanan dari Old Trafford ke Anfield adalah lebih kurang 50 minit. Lebih kurang pukul 11.30AM kami terus bergerak menuju ke Anfield.

Cerita hari kedua trip kami akan bersambung lagi di Part 2...

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top