Aidilfitri 2016 - Cerita di Sebalik Gambar Part I


Inilah gambar raya famili terbaik yang kami dapat tahun ni. Dengan Aryan si kenit tu tak pandang kamera dan Adam dengan muka sekadar buat-buat senyum. Walaupun berpuluh shot, tapi susahnya alahai nak ambil gambar dengan budak-budak ni.

Sebab tu dalam photography, sebenarnya bidang kids photography ni nampak senang tetapi sangat mencabar kesabaran, terutama bagi perfectionist yang betul-betul nakkan perfect shot. Mungkin bagi expert macam Lisa Holloway benda ni kacang je. Bagi aku, shoot gambar bulan bintang lagi senang sebab sekurang-kurangnya makhluk ni tak bergerak. Tapi kena laa ada gear yang bersesuaian.

Melalut pasal photography, sekarang layankan beberapa highlight untuk mendapatkan gambar di atas.

Baru tengah setting tripod pun mood dah ke laut.

Dengan si Aryan tetiba tak suka pakai songkok.

"Jangan bukak" pesan mamanya. Perhatikan muka si Adam.

Tak pakai songkok pun tak apalah. Dah Adam tu kenapa?

"Senyum.... macam ni haa...!"

"Senyumlah betul-betul, nanti mama beli mercun bawang dengan bunga api" 

Adam dengan muka senyum tak ikhlas. So, ini jelah yang dapat. Sekurang-kurangnya adalah juga :)

Itulah pengalaman kami tahun ni (dan tahun-tahun lepas juga sebenarnya). Tu belum kira time nak ambil gambar famili besar, yg tu lagi lemah. Korang punya pengalaman mcamana?

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top